Wednesday, June 27, 2012

dan kerana kau seorang guru

jika ingin terus dikenang selepas anda meninggalkan dunia fana ini.. lakukanlah sama ada perkara yang baik dan bernilai untuk dibaca, ataupun lakukan perkara yang baik dan bernilai untuk ditulis.
- benjamin franklin
*****************

sekadar mukaddimah

************

salam sayang buat semua..kiranya sudah sekian lama saye tidak menulis di ruangan ini.  hari ini saye ingin menulis sebuah karangan bertajuk GURU. ya, bertajuk GURU. ya, benar itu, bertajuk GURU. tepat sekali, bertajuk GURU. ya, cukup2, sudah... (nyanyi) . tanpa membuangkan masa dan lemak lagi,  marilah bersama-sama kita menghayati karangan yang dibuat oleh saya ini.

************

seperti yang awak, saya dan kita sedia maklum, di dalam dunia ini terdapat manyak pelekeljaan... Yang membezakan pekelejaan itu adalah sama ada pekerjaan itu perlu berurusan dengan mesin ataupun berurusan dengan manusia. guru adalah satu kerjaya yang memerlukan kita berurusan dengan maa nuuuu siiii aaaa lll. Perlu kita,saya dan awak ingat, apabila kita berurusan dengan manusia, kita berhubung dengan makhluk yang logik. makhluk yang penuh dengan emosi, prasangka dan diselubungi dengan rase ego. ok, beginilah. pernah tak awak memarahi laptop awak sambil berkata " BODOH PUNYE LAPTOP, LAMBAT NAK MAMPOS, MAMPOS PON TAK SELAMBAT SEBEGINI, prang pung pang, prang pung pang, dan ayat2 carutan yg sewaktu dengannya, (yang tidak sanggup ditulis oleh penulis di sini).. apakah tindakan laptop anda selepas itu? adakah laptop anda akan rase down gile, pastu give up dan merajuk sampai panjat tanki air depan cempaka sari dan cuba membunuh diri? tidak bukan? cuba pula awak gunekan ayat2 carutan begitu kepada manusia, kepada murid awak. Mungkin kata2 carutan yang dilemparkan itu diingat sehinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Mungkin... Siapa tahu..

************

Di ruangan ini juga, gua ingin menceritakan kepada lu orang semua tentang si murid buta bernama Stevie Morrie. cEritanya bermula begini. Pada zaman dahulu kala, di kelas Biologi, sewaktu menjalani ekpserimen bedah2 tikus, seorang guru yang namenye gua tak ingat, meminta muridnya Stevie untuk menolongnya mencari tikus yang tersesat. si stevie ni, seorang murid buta tapi die ni ade pendegaran yang amat cekap. Tuhan mengurniakan Stevie pendengaran yang tajam bagi mengimbangi matanya yang buta.  Menyedari tentang kekuatan si stevie ni, gurunya yang namenye gua tak ingat tadi tu, menggunakan kekuatan si stevie ni untuk mencari tikus yang sesat tu. Peristiwa di dalam kelas itu memberikan ruang kepada guru tu ntok menghargai anugerah stevie buat pertama kalinya. Dek kerana terlalu seronok akan pujian yang diberikan oleh guru itu, si stevie ni nekad mengasah pendengarannya dan mengembangkan bakatnya dalam bidang seni. Kemudian, lahirlah nama terkenal stevie wonder, penyanyi dan penulis lagu tersohor era 70-an.

Apa yang gua cuba sampaikan adalah, buat guru semua: There is a brilliant child locked in every student, and the key is you dan allah tak ciptakan manusia itu bodoh, tapi dengan kepandaian yang berbeza-beza.

sekian sahaja entri untuk kali ini. terlalu berilmiah kah?gua dah lame tak tulis blog lah weyh!


5 comments:

cryclown said...

mikey simon cakap
"skrip itu penjara bagi perkataan"

dia pun jadi cikgu untuk cikgu cikgu bagi idea dalam kelas:)

za said...

tq. hehe

DuniakuAbstrak said...

tapi masih ada lagi guru yg buta akan semua ini

guru juga perlu pencerahan

ejulz said...

mendalam maksud tu.. hehehe

ain dzaya said...

bhahaha..ang mmg pandai melalut..berilliah la sket ..

CREATIVE, ARTISTIK, GEORGEOUS, ADORABLE, FASHINABLE,OWESOME clik sini : Konspirasi Blogger Kreative 2012
Jiwa daku sedang berperang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...