Tuesday, February 15, 2011

diari seorang ibu kepada anak

1 januari 2009- hari ini, mama jumpe papa Ana. untuk yang pertama kalinya mama rase perasaan ini. perasaan yang cukup indah, iya, cinte..mama tidak mampu menolak perasaan yang hadir dalam jiwa mama.  Ana tahu, papa ana itu, baik orang nya, mudah bertolak ansur dan tutur katanya lembut sekali ana..


14 februari 2009- cukup sebulan mama mengenali papa ana, mama mula hanyut dalam lautan cinta yang mama cipta sendiri. Mama mule lupe tuhan. Halal dan haram menjadi samar,semuanya kerana nafsu.. pada tarikh keramat ini, mama serahkan diri mama pada papa ana..hadiah mama kepada papa ana sempena VALENTINE DAY..mama tewas dengan perasaan mama sendiri... mama sedar, ketika itu mama belum mempunyai ikatan yang sah. tapi apa ada pada ikatan, bila nafsu menguasai diri.


4 jun 2009- Hari berganti hari. mama semakin resah. perut mama semakin memboyot. tanda ana sudah semakin cukup sifat. mama betul2 buntu. mama hilang penggantungan. mahu cerita sama atuk dan nenek ana, pasti mereka tidak dapat terima. papa yang dulunya bertutur kata lembut sudah mula menunjukkan belangnya. papa bilang sama mama, suruh gugurkan ana. tapi papa dan mama tidak punya wang untuk gugurkan ana..


8 september 2009- ana dilahirkan ke dunia. ikut perkiraan, ana dilahirkan pada november. tapi ana lahir awal dari yang dijangka. mungkin ana tidak sabar melihat dunia..papa sama mama jadi makin berkecamuk..kami tinggalkan ana dihadapan masjid beserta satu nota. bukan mama tak sayang ana, tapi kalau ana dengan mama, apa kata atuk nenek. apa kata masyarakat sekeliling. moga ada insan yang lebih baik dari mama pungut ana depan masjid.. maafkan mama ana


9 september 2009- mama selak surat khabar. berita di hadapan muka,"seorang bayi digigit semut dijumpai di masjid". masjid di mana mama buang ana. mama pasti, itu ana, maafkan mama sayang.. mama tak sengaja. mama tiada pilihan lain.mama fikir ada orang pungut ana..sekali lagi, maafkan mama ana


30 januari 2011- mama duduk di anjung rumah nenek. ade due orang budak sedang bermain-main. kalau ana masih hidup, ana mesti seusia mereka. maafkan mama ana.


cerita ini hanyalah rekaan penulis semata-mata. jika ade tersama dengan kisah silam pembaca, penulis memohon maaf.. 

Friday, February 11, 2011

kecantikan yang paling saya inginkan adalah kecantikan dari dalam

Cantik, sebuah kata yang sangat indah bagi kaum  hawa. Siapa pun akan tersipu-sipu malu bila disebut dirinya cantik.. ye dak?(baek angguk) Demi sebuah kata cantik, mereka sanggup membayar berapapun harga yang diminta. Jamu, sabun lintah, bedak sejuk berbau busuk, rawatan bahkan pembedahan yang berisiko tinggi pun mereka sanggup lakukan hanya kerana  satu misi, MENJADI WANITA TERCANTIK ALAF INI.

Di sini, penulis ingin berkongsi beberapa tips  kepada pembaca untuk menghilangkan jerawat. tidak perlu mengisi borang pendaftaran, tak perlu taip ON RINDU atau ON JERAWAT. hanya baca tips2 di bawah sahaja. berikut adalah tips2 nya, lagi mustajab dari pati halia memang mustajab.


1. makan makanan berminyak. kalau boleh minum minyak masak dua botol sehari untuk kesan yang lebih mustajab.

2. kena selalu picit jerawat. gunakan tukul besi, sudu garfu atau penunu bunsen untuk memicit jerawat..

3. basuh muke seminggu sekali. gunakan klorox untuk mendapatkan wajah yang putih. untuk mendapatkan kulit yang lembut, gebu dan bergetah pule, gunakan softlan.


4. pakai produk Dr. Rozmey. Bukan pada muke, tapi pade kucing atau binatang perliharaan.


5. jangan amalkan tidur yang cukup dan teratur. sebaik-baiknya, tidur pukul 4 pagi dan bangun semula pada jam 5 pagi. ape gune tidur banyak2, rugi mase jerk

6. pakai bedak sejuk sewaktu pergi ke kelas..


7. selepas membasuh muke, lapkan dengan kain pengelap kaki atau gune mop lantai.

8. add fesbuk aten natra. solusi pada masalah jerawat


baiklah, sampai di sini sahaja.. 7 tips saje untuk hari ini.. yg laen, cari sendiri. cakap budak degree, tak kan sume bende nak kene suap kot? keh3


akhir kata, Jerawat...saiznya kecil dan hanya mungkin mengisi satu sudut wajah yang tak sampai 20 peratus pun daripada sudut wajah, tetapi ia cukup meresahkan suatu jasad. ko tak de jerawat ape tahu?hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...