Sunday, December 16, 2012

sebutir jerawat

tahukah anda, sebutir jerawat bisa menggusarkan hati seorang gadis?

dan tahukah anda, jerawat saya bukan sebutir? tetapi berbutir-butir? malah berkawah-kawah?

sungguh, anda tidak tahu?

tak mengapalah. bye..=(

Wednesday, June 27, 2012

dan kerana kau seorang guru

jika ingin terus dikenang selepas anda meninggalkan dunia fana ini.. lakukanlah sama ada perkara yang baik dan bernilai untuk dibaca, ataupun lakukan perkara yang baik dan bernilai untuk ditulis.
- benjamin franklin
*****************

sekadar mukaddimah

************

salam sayang buat semua..kiranya sudah sekian lama saye tidak menulis di ruangan ini.  hari ini saye ingin menulis sebuah karangan bertajuk GURU. ya, bertajuk GURU. ya, benar itu, bertajuk GURU. tepat sekali, bertajuk GURU. ya, cukup2, sudah... (nyanyi) . tanpa membuangkan masa dan lemak lagi,  marilah bersama-sama kita menghayati karangan yang dibuat oleh saya ini.

************

seperti yang awak, saya dan kita sedia maklum, di dalam dunia ini terdapat manyak pelekeljaan... Yang membezakan pekelejaan itu adalah sama ada pekerjaan itu perlu berurusan dengan mesin ataupun berurusan dengan manusia. guru adalah satu kerjaya yang memerlukan kita berurusan dengan maa nuuuu siiii aaaa lll. Perlu kita,saya dan awak ingat, apabila kita berurusan dengan manusia, kita berhubung dengan makhluk yang logik. makhluk yang penuh dengan emosi, prasangka dan diselubungi dengan rase ego. ok, beginilah. pernah tak awak memarahi laptop awak sambil berkata " BODOH PUNYE LAPTOP, LAMBAT NAK MAMPOS, MAMPOS PON TAK SELAMBAT SEBEGINI, prang pung pang, prang pung pang, dan ayat2 carutan yg sewaktu dengannya, (yang tidak sanggup ditulis oleh penulis di sini).. apakah tindakan laptop anda selepas itu? adakah laptop anda akan rase down gile, pastu give up dan merajuk sampai panjat tanki air depan cempaka sari dan cuba membunuh diri? tidak bukan? cuba pula awak gunekan ayat2 carutan begitu kepada manusia, kepada murid awak. Mungkin kata2 carutan yang dilemparkan itu diingat sehinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Mungkin... Siapa tahu..

************

Di ruangan ini juga, gua ingin menceritakan kepada lu orang semua tentang si murid buta bernama Stevie Morrie. cEritanya bermula begini. Pada zaman dahulu kala, di kelas Biologi, sewaktu menjalani ekpserimen bedah2 tikus, seorang guru yang namenye gua tak ingat, meminta muridnya Stevie untuk menolongnya mencari tikus yang tersesat. si stevie ni, seorang murid buta tapi die ni ade pendegaran yang amat cekap. Tuhan mengurniakan Stevie pendengaran yang tajam bagi mengimbangi matanya yang buta.  Menyedari tentang kekuatan si stevie ni, gurunya yang namenye gua tak ingat tadi tu, menggunakan kekuatan si stevie ni untuk mencari tikus yang sesat tu. Peristiwa di dalam kelas itu memberikan ruang kepada guru tu ntok menghargai anugerah stevie buat pertama kalinya. Dek kerana terlalu seronok akan pujian yang diberikan oleh guru itu, si stevie ni nekad mengasah pendengarannya dan mengembangkan bakatnya dalam bidang seni. Kemudian, lahirlah nama terkenal stevie wonder, penyanyi dan penulis lagu tersohor era 70-an.

Apa yang gua cuba sampaikan adalah, buat guru semua: There is a brilliant child locked in every student, and the key is you dan allah tak ciptakan manusia itu bodoh, tapi dengan kepandaian yang berbeza-beza.

sekian sahaja entri untuk kali ini. terlalu berilmiah kah?gua dah lame tak tulis blog lah weyh!


Tuesday, June 26, 2012

jadual hari ini.

6.30 am= bangun, subuh, mandi

7.50 am= g kelas.

12 pm-1.30pm= balek kelas, zohor

2 pm-5.00pm= tidur

5.00pm= asar, sambung tidur

6.00pm= tidur lagi

7pm= masih tidur

7.30 pm=makan, mandi, solat

9pm= dan menyambung operasi tidur

10 pm= dan masih tidur

10.30 pm=bangun tidur tulis entri ni

begitulah hari saya. sekian~

Tuesday, April 24, 2012

bakal anak


















 melihat pada gambar2 anak-anak sdare gua ni, gua dah dapat gambaran awal, muke bakal anak gua nanti. kih kih kih... 


Thursday, January 19, 2012

entri ini, tiadalah bertajuk

1. selamat tahun baru semua


2.  my 2012 wish: confidence


3. sem ini bakal menjanjikan sesuatu yg amat mencabar... bersedialah wahai hati.
4. saya dah 23. ya 23.. ya 23. tapi masih kurang dalam banyak perkara. maksud saya, banyak.


5. mak masih dengan cerita pergi hajinya. seronok dengar.


6. 2 tahun lagi, saya bakal menjadi cikgu pendidik. mampukah?


7. mase sekolah dulu pon duduk asrama jugak, tapi tak lah se home sick ini.

8. nak berubah kalau diucapkan hanya dengan perkataan tapi tak diselangi dengan perbuatan apalah maknanya. kan?


9. betullah kata puan Norida, semua benda tentang kehidupan adalah love. kite kene suke setiap perkara yg kite lakukan. steve jobs pon ade mesej semalam, katanya, the only way to do great work is to love what you do. lupe nak reply. jannah dah tak jual topup. tunggu elaun masuk katanya.


10. waktu kecil dulu pon berkali-kali jatuh waktu belajar berjalan, tapi tak de pulak rase nak berhenti mencube sebelum dapat berjalan. sekarang, tak dapat jawab satu soalan, rase macam nak terjun bangunan. tak pon, panjat tangki air depan asrama lepas tu terjun. kalau tak cedera lagi, terjun lagi dan lagi, dan lagi.


11. masih ade yang sayang


12. bace entri2 lame, rase malu dengan diri sendiri


13. dah lame sangat tak menulis, gua dah hilang skill. ok , bye


bukak lah ni: http://www.youtube.com/watch?v=tTHcKVeK-M0



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...