Wednesday, July 6, 2011

kekasih bese2 vs kekasih sejati vs kekasih stok suke2


kekasih sejati: slalu ingat senyum dan tangis kamu.
kekasih biase: selalu ingat senyum dan hilai tawa kamu
kekasih pundek: x ingat kamu langsong.. 

kekasih sejati: kalo awk kawen ngan saye, mesti anak2 kite cantek. awk kan santek
kekasih biase: kalo awk kawen ngan saye, mesti anak2 kite comel. ikot gen sye
kekasih hampeh: kalo kite kawen, mesti anak2 kite huduh, ikot gen awk..

kekasih sejati: bawak kamu makanan yg kamu suke
kekasih biase: bawak kamu makanan yg best2
kekasih bakhil: bawak kamu ke restoran yg x best, supaye jimat wang belanja nyer

kekasih sejati: mahu kamu hubungi die setiap mase
kekasih biase: tidak suke kamu menghubunginya ketika die menonton bola
kekasih stok suke2: hanya memerlukan antara satu sama lain hanya di waktu BOSAN

kekasih sejati: akan menyebut namamu di setiap doanya
kekasih biase: akan doakan kamu bile teringat akan kamu
kekasih jahil: solat pon tidak, masakan doa nyah..

kekasih sejati: sentiasa mengharapkan dapat mendampingi kamu selamanya
kekaseh biase: ingin kamu mendampinginya selalu
kekasih cilakak: hanya mahu kamu mendampinginya di saat dia memerlukan kamu..

renung-renungkan.. dan selamat beramal..


anda pilih!!


Tuesday, July 5, 2011

kenape masih single?

semua orang ade kapel bahagia???

Kata si gadis single..
Bukan tidak mahu berkapel-kapelan..
Tapi biarlah berbaloi, hantaran kawen berdulang-dulang
Yang pegang, peluk, cium aku..
Suami aku no. 1

Kata si jejaka single
Bukan tidak mahu berkapel-kapelan
Tapi biarlah dia yang halal untukku..



apa ertinya
hantaran kawen dua puluh dua ribu, dua ratus, dua puluh dua ringgit
tetapi ia cuma bertahan selama 22 hari...

Wednesday, May 11, 2011

rupanya mendidik anak umi, lebih susah dari belajar anatomi

petang itu, cuaca redup.. seredup hati anak-anakku.. jam di dinding menunjukkan 8 malam. suamiku(klik)yang sedang menonton ulangan cerita DORA dari tadi asyik melihat jam di dinding. al maklum sajalah, malam jumaat.. malam sunat utk pasangan suami isteri..

bukan malam jumaat yang cuba diceritakan di sini, tapi mahu diceritakan tentang anak-anak umi.. hasil perkahwinan aku dengan MAHER ZAIN, aku dikurniakan 20 cahaya mata. yang sulung, namanya UMAIRAH. anakku Umairah ini lebih berdikari, ada sifat pemimpin dalam dirinya. ambil gen aku barangkali. anakku yang bongsu pula, namanya JAMALIAH.anak ku yang bongsu ini pula, lain sifatnya. sama dengan ayahnya.. degil dan nakal sedikit. penumbuk dan penerajang adalah satu cara untuk mengajarnya tentang erti kehidupan..

melihat 20 anakku yang dari tadi sedang asyik termenenung sendiri, aku memanggil mereka utk mengubat hati mereka yg sedang berduka lara barangkali. "Anak-anak mama  umi..ke mari sayang, luahkan apa yang terpendam di hati".. laungku dengan suara nyah2..kenapa ni sayang? masam jerk...ce cter.. ce cter..

begini umi..anakku natrah yang dari tadi sibuk mengupdate blog coretan si hampeh dua bersuara.. "kami sebenarnye risau umi. exam dah dekat ni,. soalan spot tak de. buku tak de. sume takde..stress lah umi. stress. kawan2 lain yang dah habes exam pulak sebuk update status kat fesbuk cakap exam dah habes. menambahkan kestresan umi

huhhhhhh.. anak2 umi. gua tersenyum kecil. (pembaca pon kene senyum kecil sekali). dengar ni sayang,There are no secrets to success. It is the result of preparation, hard work learning from failure.” jadi, berusahalah sayang.. kalau gagal 100 kali, ape kate anak2 umi cube 101 kali? ape kate lah..  its not too late to start study n its not too early to stop study nak..
akhir kata, selamat menduduki peperiksaan teman yang disayangi. salah dan silap harap dimaafi. 

nota esofagus kaki: ayat yang terakhir dalam entri ini, gua betul2 maksudkan. tapi tak tau nak disampaikan dengan cara macam mane. malulah!

Tuesday, April 19, 2011

harga sebuah kegagalan adik-adikku sayang..

buat adik2 yang baru tamat SPM, belum terlambat kiranya AKAK untuk mengucapkan syabas beteh atas kejayaan adik2 semua. buat yang berjaya, ini adalah langkah awal untuk adik2 ke arah satu mase depan yang cemerlang. tapi jangan di lupa dik , masih banyak dugaan yang bakal ditempuh. adik baru saja melepasi satu tembok. masih banyak tomok2 tembok2 utk dilepasi selepas ini. Buat yang kurang berjaya, mari kita hayati kesah2 mereka ini.


kesah pertama-BILL GATES
hayati kata2 bill gates ni dik: "I failed in some subjects in exam, but my friend passed in all. Now he is an engineer in Microsoft and I am the owner of Microsoft"
owner of Microsoft tu dik! 
nampak tak adik-adikku sayang? jelas bukan? Bill gates dulu pon pernah failed exam lah dik.. jadi, apelah sangat kalau adik x dapat straight A tuh. SPM tu hanyalah kelulusan di atas kertas dik..hayati dik.. hayati!


maseh berduka lara akibat result x gempak lagi? baiklah2. kite ke cerita ke 2. cerita ini berkaitan dengan seorang gadis yang tahap kognitifnya tidaklah setinggi mana tapi beliau tahu belajar daripada erti kegagalan. beliau ialah


Dato Professor Emiretus Dr. Hajah Norzahariah binti Ismail (gua)


begini ceritanya.. Prof. Zahariah dahulu bukanlah wanita bijak pandai yang  sering mendapat anugerah dekan di kampusnya. dia hanyalah wanita2 biasa, dia bukan siapa2..dia ibarat sepat dikalangan haruan2..tapi, istemewanya dia. dia tidak pernah berputus asa. akibat dari erti ketidak putus asaan ini, Prof Zahariah kini memiliki harta yang melimpah ruah ibarat susu yang melimpah ke ladang gadum. berikut ialah aset2 yang dimiliki oleh beliau. ini baru di Malaysia, tidak termasuk di luar negara lagi,


Di Malaysia sahaja:
- 10 Mobil Sport Ferrari
- Hummer 3 Luxury Sport Untility
- 10 bijik Marcedez Benz S300
- Rumah mewah di Putrajaya
- Apartemen mewah di Kuala Lupur

- suami yang kacak lagi tegap
- Terlalu banyak untuk dituliskan di sini. 


Tidak dilupakan, Prof. Zahariah juga telah menghasilkan 100 buah buku hasil karyanya sendiri. Buku pertamanya berjudul "Bagaimana ingin menjadi Blogger Berjaya.Jika ade pembaca nak buku ni. boleh spam prof. SPAM ok?


akhir kata dari penulis, belajarlah dari kegagalan.. gagal dalam peperiksaan bukanlah bererti gagal dalam kehidupan..


nota kaki:perasan tak name gua macam kerabat diraja. NORZAHARIAH....

Thursday, April 14, 2011

kesah seorang blogger dulu kala

dan diceritakan.. tersebut lah al kisah dahulu kala,  seorang pendekar wanita bernama LIMAH yang mencari seorang guru untuk mengajarnya di dalam dunia blogging.. hampir seluruh pelusuk negara telah limah jelajahi untuk menuntut ilmu ini, namun, guru yang berkenan di hatinya maseh belum dijumpai. Limah mahukan follower yang beribu-ribu, duet nuffnang yang berhengget-hinggit,romen komen yang beratus-ratus di setiap entri nya.. namun, semuanya hanya mimpi....

suatu petang, dalam perjalanan LIMAH mencari guru.. dia terjumpa seorang datuk tua sedang bertapa di atas batu.. lalu didekatinya lelaki tua itu.

LIMAH: yo. yo. bada bada boom boom. wassup tok? hawau yu?

atuk tua: kita ni hidup di zaman tuah, bukan zaman najib. ape boom boom? salam mane woi. salam! budi bahasa kan budaya kita.

LIMAH: ampunkan tuan hamba tuk.. tujuan tuan hamba ke mari, mahu berguru tok..

atuk tua: jadi bukan disinilah tempatnya anak mda. atuk tiada ilmu persilatan... tapi natrah binti mohd SILAT ada ilmunya.

LIMAH: bukan ilmu silat yang ingin dipelajari Tok.. saya mahu belajar ilmu blogging tok. sudah setahun saya dalam dunia blog ni, tapi duet nuffnang saye baru 2 hinggit tok. mane silapnya tok..

atuk tua: oh begitu,. beginilah anak muda. kita kembali kepada niat. ape tujuan anak muda menulis blog ni? mahu berkongsi pengalaman atau mahu mengumpul duet nuffnang? pendapat atok, anak muda jangan dikejarkan sgt pada wang ringgit. wang cumalah sekeping kertas anak muda.bila anak muda menulis dari hati, anak muda akan temui ketenangan membaca hasil tulisan dari tangan sendiri..selitkan sedikit ilmu utk disampaikan. moge ilmu ini diperturunkan. kelak, anak muda juga akan mendapat ganjaran. tidak salah ada unsur carutan, tapi selitkan sedikit pengajaran. sekurang-kurangnya, ade input yang ingin disampaikan..tidur pulak kau ni. ak sedang bagi kuliah ni! update sebulan sekali, ade hati nak duet nuffnang ribu raban. mimpilah anak muda!

LIMAH: bukan saya tidur tok.. saye sedang hayati kate2 atok ni.. saya dapat apa yang cuba atok sampaikan tok.. terime kaseh tok.

limah faham ape yang cube atok ni sampaikan, pembaca faham tak? kalo x faham, panjat KB mall, pastu terjun, kalau tak mati lagi, terjun lagi,. ulangi langkah di atas sampai mati. keh3
dah lame tak menulis, segan pulak jadinya. rindu juge pada kawan2 alam maya sekalian alam..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...