petang kelmarin.. cuaca redup sayup .. langit seolah-olah mahu menangis. muncung nya panjang sedepa...merajuk dengan awan mungkin.. gua cuba angkat jari tengah ke udara (brother finger), dgn harapan mahu menghiburkan hati langit. tapi langit langsung tidak mengendahkan gua. dingin betul sikapnya hari ini. tidak seperti hari2 selalu..
kenapa kau wahai langit? bergundah gulana begini..ada apa yang boleh saya bantu wahai sang langit?
saya ade banyak tugasan wahai manusia. tapi saya tidak tahu bagaimana caranya membuat tugasan2 itu.. enam tugasan dalam mase satu bulan.. mane mungkinlah..
sabarlah wahai langit.. lihat sana, ade bintang2.. ade kawan2.. mohonlah pertolongan.. mungkin mereka sudi hulurkan bantuan., jangan terlalu cepat berputus asa langit..
mana saya tidak berputus asa wahai manusia. saya sudah cuba untuk 150 juta kali, tapi saya gagal untuk 151 juta kali.. sakit tau manusia.. kau tahu manusia, NO MATTER HOW HARD I TRY, I FAIL..
amboi langit.. speaking nampak. MUET band 6 erk? (gua senyum sinis) ..wahai langit.. dengar pesanku ini. IF HARD IS NOT GOOD ENOUGH, TRY HARDER LAH... tengok 2, siap update blog lagi. kemain ko eyh langit.
ape salahnya aku update blog sekali sekala. kawan2ku bintang, bulan, MATAHARI sume sdg update blog masing2..aku pon mahu juge..kau cakap senang lah manusia. try hard konon.. kau ape tahu!! (tibe2 guruh berdentum.. langit sedang marah mungkin. lalu disuruhnya sang guruh menengking gua)
sabar langit.. sabar..kau akan temukan satu pelangi yang indah suatu hari nanti..langit, kehidupan perlukan perubahan. kau perlu berubah sang langit.. It is not easy, but it can be done kan?
.............
air mata yang ditahan sang langit akhirnya tumpah ke bumi..langit menangis tanpa henti. habis basah baju di ampaian gua.
Tuesday, March 15, 2011
Tuesday, February 15, 2011
diari seorang ibu kepada anak
1 januari 2009- hari ini, mama jumpe papa Ana. untuk yang pertama kalinya mama rase perasaan ini. perasaan yang cukup indah, iya, cinte..mama tidak mampu menolak perasaan yang hadir dalam jiwa mama. Ana tahu, papa ana itu, baik orang nya, mudah bertolak ansur dan tutur katanya lembut sekali ana..
14 februari 2009- cukup sebulan mama mengenali papa ana, mama mula hanyut dalam lautan cinta yang mama cipta sendiri. Mama mule lupe tuhan. Halal dan haram menjadi samar,semuanya kerana nafsu.. pada tarikh keramat ini, mama serahkan diri mama pada papa ana..hadiah mama kepada papa ana sempena VALENTINE DAY..mama tewas dengan perasaan mama sendiri... mama sedar, ketika itu mama belum mempunyai ikatan yang sah. tapi apa ada pada ikatan, bila nafsu menguasai diri.
4 jun 2009- Hari berganti hari. mama semakin resah. perut mama semakin memboyot. tanda ana sudah semakin cukup sifat. mama betul2 buntu. mama hilang penggantungan. mahu cerita sama atuk dan nenek ana, pasti mereka tidak dapat terima. papa yang dulunya bertutur kata lembut sudah mula menunjukkan belangnya. papa bilang sama mama, suruh gugurkan ana. tapi papa dan mama tidak punya wang untuk gugurkan ana..
8 september 2009- ana dilahirkan ke dunia. ikut perkiraan, ana dilahirkan pada november. tapi ana lahir awal dari yang dijangka. mungkin ana tidak sabar melihat dunia..papa sama mama jadi makin berkecamuk..kami tinggalkan ana dihadapan masjid beserta satu nota. bukan mama tak sayang ana, tapi kalau ana dengan mama, apa kata atuk nenek. apa kata masyarakat sekeliling. moga ada insan yang lebih baik dari mama pungut ana depan masjid.. maafkan mama ana
9 september 2009- mama selak surat khabar. berita di hadapan muka,"seorang bayi digigit semut dijumpai di masjid". masjid di mana mama buang ana. mama pasti, itu ana, maafkan mama sayang.. mama tak sengaja. mama tiada pilihan lain.mama fikir ada orang pungut ana..sekali lagi, maafkan mama ana
30 januari 2011- mama duduk di anjung rumah nenek. ade due orang budak sedang bermain-main. kalau ana masih hidup, ana mesti seusia mereka. maafkan mama ana.
cerita ini hanyalah rekaan penulis semata-mata. jika ade tersama dengan kisah silam pembaca, penulis memohon maaf..

Friday, February 11, 2011
kecantikan yang paling saya inginkan adalah kecantikan dari dalam
Cantik, sebuah kata yang sangat indah bagi kaum hawa. Siapa pun akan tersipu-sipu malu bila disebut dirinya cantik.. ye dak?(baek angguk) Demi sebuah kata cantik, mereka sanggup membayar berapapun harga yang diminta. Jamu, sabun lintah, bedak sejuk berbau busuk, rawatan bahkan pembedahan yang berisiko tinggi pun mereka sanggup lakukan hanya kerana satu misi, MENJADI WANITA TERCANTIK ALAF INI.
Di sini, penulis ingin berkongsi beberapa tips kepada pembaca untuk menghilangkan jerawat. tidak perlu mengisi borang pendaftaran, tak perlu taip ON RINDU atau ON JERAWAT. hanya baca tips2 di bawah sahaja. berikut adalah tips2 nya, lagi mustajab dari pati halia memang mustajab.
1. makan makanan berminyak. kalau boleh minum minyak masak dua botol sehari untuk kesan yang lebih mustajab.
2. kena selalu picit jerawat. gunakan tukul besi, sudu garfu atau penunu bunsen untuk memicit jerawat..
3. basuh muke seminggu sekali. gunakan klorox untuk mendapatkan wajah yang putih. untuk mendapatkan kulit yang lembut, gebu dan bergetah pule, gunakan softlan.
4. pakai produk Dr. Rozmey. Bukan pada muke, tapi pade kucing atau binatang perliharaan.
5. jangan amalkan tidur yang cukup dan teratur. sebaik-baiknya, tidur pukul 4 pagi dan bangun semula pada jam 5 pagi. ape gune tidur banyak2, rugi mase jerk
6. pakai bedak sejuk sewaktu pergi ke kelas..

7. selepas membasuh muke, lapkan dengan kain pengelap kaki atau gune mop lantai.
8. add fesbuk aten natra. solusi pada masalah jerawat
baiklah, sampai di sini sahaja.. 7 tips saje untuk hari ini.. yg laen, cari sendiri. cakap budak degree, tak kan sume bende nak kene suap kot? keh3
akhir kata, Jerawat...saiznya kecil dan hanya mungkin mengisi satu sudut wajah yang tak sampai 20 peratus pun daripada sudut wajah, tetapi ia cukup meresahkan suatu jasad. ko tak de jerawat ape tahu?hehehe
Friday, January 21, 2011
sepetang bersama doktor cinta
helo dan selamat malam saye ucapkan kepada abang2, kakak2, adik2, mat2 rempit, pembuang bayi tegar, ahli politik dan kambing2 yg sedang membace sekalian (sengih pulak die).
kite bertemu lagi dalam rancangan Wanita Hari Ini dalam episod keretakan rumah tangga. Di sini, saye memberi peluang kepada rakan2 sekalian untuk bersoal jawab tentang cinte. saye bersedia menjawab.
limah, 15 tahun, pelajar paling gojes di sekolah kebangsaan X
limah: za, saye ade masalah. saye mencintai seseorang dengan sepenuh hati saya. saye rase sudah tima masanya untuk saya menamatkan zaman bujang saye. Malangnya, mak bapak saye tak bagi saye kawen za. bantu saye za.. (gadis gua: cik lemau, maksud saye cik limah.. kawen ni bukan hal mudah dik.. orang nak kawen, ko pon nak kawen. halia ngan lengkuas dah tahu beza belum? adik dah tahu ke ajinomoto ngan garam tu due bende yg berbeza..fikir-fikirkan dik
Raihan, 10 tahun. peminat setia patung babi barbie
Raihan: kak za, kite ade minat kat sorang laki ni.. die slalu kacau2 kite. tarik2 tudung kite. tapi saye tak tahu lah kak, macam mane nak ungkap perasaan cinte kite tu pade die.. tolong kite kakgua: AMBOI!! baru umur 10 tahun dah pandai nak cakap soal perasaan, payahlah.. bagi lepas UPSR dulu lah dik.jangan terjerumus dalam kancah cinte ni dik.susah nanti. ingat pesan akak.
Natrah,16 tahun. peminat setia blog coretan si hampeh
Natrah: akak, saye tak suke lah boyfriend saye ni. saye hantar mesej kat die panjang lebar. die balas "ok" jerk.. tolong saye kak. saye sedih dengan sikap teman lelaki saye ni.gua: jgn risau, akak ade penyelesaiaanya.. awak lari keliling padang dengan pakai kasut tumit tinggi. sambil lari tu awak bawak sepanduk "SAYE BENCI BOIPREN SAYE" . laung kuat-kuat. tak pon awak kentut laju2 pastu gelak sorang2. mungkin dapat selesaikan masalah awak 2.
ok lah, sampai di sini saje slot wanita hari ini.. sape ade masalah cinte lagi, rujuk gua. boleh gua kentut laju2 kat muke korang. keh3
Sunday, January 16, 2011
kan bagus kalau ade telefon yang meng'topup'kan dirinya sendiri
suatu petang di meja makan, bersama suami tersayang. (remy ishak yang kacak)
gua : abg, tadi ayang ade call abang.
remy : ye ke, nape ayang call abang. rindu lah tu. olo lo lol lo
gua : ayang call abg sebab ayang rindu kat abg.tapi kan bang, mase ayang kol abg,perempuan yang angkat. sampai ati abang menduakan ayang yg setia ngan abang. abang tahu kan, ramai yang minat ayang. rombongan meminang dari edward cullen, fahrin ahmad, awal ashaari, semue ayang tolak sebab ayang nak kawen ngan abg. sampai ati abang.
remy : sumpah yang, abg tak de yang laen selain ayang. abg dah tak layan perempuan lain sebab abg setia ngan ayang. ayang ingat kan janji kite "u jump, i jump"
gua : habis, perempuan tu sape. die ckp kasar2 ngan ayang.
remy : die cakap ape ngan ayang? bagitau abg.. abg tarik2 rambut die. (muke tahan marah)
gua : tadi ayang kol abang, pastu ade perempuan tu angkat. pompuan tu ckp , "BAKI DI DALAM TELEFON ANDA TIDAK MENCUKUPI, SILA TAMBAH NILAI UNTUK MEMBUAT PANGGILAN SETERUSNYA.
remy : ........................
ape yg penulis cube sampaikan di sini ialah, kredit telefon penulis sudah habis. Elaun pule maseh belum keluar lagi. ade sape2 nak tolong topupkan tak? (ambek perhatian pade tulisan BERHURUF BESAR)
Subscribe to:
Posts (Atom)