Tuesday, April 19, 2011

harga sebuah kegagalan adik-adikku sayang..

buat adik2 yang baru tamat SPM, belum terlambat kiranya AKAK untuk mengucapkan syabas beteh atas kejayaan adik2 semua. buat yang berjaya, ini adalah langkah awal untuk adik2 ke arah satu mase depan yang cemerlang. tapi jangan di lupa dik , masih banyak dugaan yang bakal ditempuh. adik baru saja melepasi satu tembok. masih banyak tomok2 tembok2 utk dilepasi selepas ini. Buat yang kurang berjaya, mari kita hayati kesah2 mereka ini.


kesah pertama-BILL GATES
hayati kata2 bill gates ni dik: "I failed in some subjects in exam, but my friend passed in all. Now he is an engineer in Microsoft and I am the owner of Microsoft"
owner of Microsoft tu dik! 
nampak tak adik-adikku sayang? jelas bukan? Bill gates dulu pon pernah failed exam lah dik.. jadi, apelah sangat kalau adik x dapat straight A tuh. SPM tu hanyalah kelulusan di atas kertas dik..hayati dik.. hayati!


maseh berduka lara akibat result x gempak lagi? baiklah2. kite ke cerita ke 2. cerita ini berkaitan dengan seorang gadis yang tahap kognitifnya tidaklah setinggi mana tapi beliau tahu belajar daripada erti kegagalan. beliau ialah


Dato Professor Emiretus Dr. Hajah Norzahariah binti Ismail (gua)


begini ceritanya.. Prof. Zahariah dahulu bukanlah wanita bijak pandai yang  sering mendapat anugerah dekan di kampusnya. dia hanyalah wanita2 biasa, dia bukan siapa2..dia ibarat sepat dikalangan haruan2..tapi, istemewanya dia. dia tidak pernah berputus asa. akibat dari erti ketidak putus asaan ini, Prof Zahariah kini memiliki harta yang melimpah ruah ibarat susu yang melimpah ke ladang gadum. berikut ialah aset2 yang dimiliki oleh beliau. ini baru di Malaysia, tidak termasuk di luar negara lagi,


Di Malaysia sahaja:
- 10 Mobil Sport Ferrari
- Hummer 3 Luxury Sport Untility
- 10 bijik Marcedez Benz S300
- Rumah mewah di Putrajaya
- Apartemen mewah di Kuala Lupur

- suami yang kacak lagi tegap
- Terlalu banyak untuk dituliskan di sini. 


Tidak dilupakan, Prof. Zahariah juga telah menghasilkan 100 buah buku hasil karyanya sendiri. Buku pertamanya berjudul "Bagaimana ingin menjadi Blogger Berjaya.Jika ade pembaca nak buku ni. boleh spam prof. SPAM ok?


akhir kata dari penulis, belajarlah dari kegagalan.. gagal dalam peperiksaan bukanlah bererti gagal dalam kehidupan..


nota kaki:perasan tak name gua macam kerabat diraja. NORZAHARIAH....

Thursday, April 14, 2011

kesah seorang blogger dulu kala

dan diceritakan.. tersebut lah al kisah dahulu kala,  seorang pendekar wanita bernama LIMAH yang mencari seorang guru untuk mengajarnya di dalam dunia blogging.. hampir seluruh pelusuk negara telah limah jelajahi untuk menuntut ilmu ini, namun, guru yang berkenan di hatinya maseh belum dijumpai. Limah mahukan follower yang beribu-ribu, duet nuffnang yang berhengget-hinggit,romen komen yang beratus-ratus di setiap entri nya.. namun, semuanya hanya mimpi....

suatu petang, dalam perjalanan LIMAH mencari guru.. dia terjumpa seorang datuk tua sedang bertapa di atas batu.. lalu didekatinya lelaki tua itu.

LIMAH: yo. yo. bada bada boom boom. wassup tok? hawau yu?

atuk tua: kita ni hidup di zaman tuah, bukan zaman najib. ape boom boom? salam mane woi. salam! budi bahasa kan budaya kita.

LIMAH: ampunkan tuan hamba tuk.. tujuan tuan hamba ke mari, mahu berguru tok..

atuk tua: jadi bukan disinilah tempatnya anak mda. atuk tiada ilmu persilatan... tapi natrah binti mohd SILAT ada ilmunya.

LIMAH: bukan ilmu silat yang ingin dipelajari Tok.. saya mahu belajar ilmu blogging tok. sudah setahun saya dalam dunia blog ni, tapi duet nuffnang saye baru 2 hinggit tok. mane silapnya tok..

atuk tua: oh begitu,. beginilah anak muda. kita kembali kepada niat. ape tujuan anak muda menulis blog ni? mahu berkongsi pengalaman atau mahu mengumpul duet nuffnang? pendapat atok, anak muda jangan dikejarkan sgt pada wang ringgit. wang cumalah sekeping kertas anak muda.bila anak muda menulis dari hati, anak muda akan temui ketenangan membaca hasil tulisan dari tangan sendiri..selitkan sedikit ilmu utk disampaikan. moge ilmu ini diperturunkan. kelak, anak muda juga akan mendapat ganjaran. tidak salah ada unsur carutan, tapi selitkan sedikit pengajaran. sekurang-kurangnya, ade input yang ingin disampaikan..tidur pulak kau ni. ak sedang bagi kuliah ni! update sebulan sekali, ade hati nak duet nuffnang ribu raban. mimpilah anak muda!

LIMAH: bukan saya tidur tok.. saye sedang hayati kate2 atok ni.. saya dapat apa yang cuba atok sampaikan tok.. terime kaseh tok.

limah faham ape yang cube atok ni sampaikan, pembaca faham tak? kalo x faham, panjat KB mall, pastu terjun, kalau tak mati lagi, terjun lagi,. ulangi langkah di atas sampai mati. keh3
dah lame tak menulis, segan pulak jadinya. rindu juge pada kawan2 alam maya sekalian alam..



Tuesday, March 15, 2011

langit.. berhentilah menangis

petang kelmarin.. cuaca redup sayup .. langit seolah-olah mahu menangis. muncung nya panjang sedepa...merajuk dengan awan mungkin.. gua cuba angkat jari tengah ke udara (brother finger), dgn harapan mahu menghiburkan hati langit. tapi langit langsung tidak mengendahkan gua. dingin betul sikapnya hari ini. tidak seperti hari2 selalu.. 


kenapa kau wahai langit? bergundah gulana begini..ada apa yang boleh saya bantu wahai sang langit?


saya ade banyak tugasan wahai manusia. tapi saya tidak tahu bagaimana caranya membuat tugasan2 itu.. enam tugasan dalam mase satu bulan.. mane mungkinlah..


sabarlah wahai langit.. lihat sana, ade bintang2.. ade kawan2.. mohonlah pertolongan.. mungkin mereka sudi hulurkan bantuan., jangan terlalu cepat berputus asa langit..


mana saya tidak berputus asa wahai manusia. saya sudah cuba untuk 150 juta kali, tapi saya gagal untuk 151 juta kali.. sakit tau manusia.. kau tahu manusia, NO MATTER HOW HARD I TRY, I FAIL..


amboi langit.. speaking nampak. MUET band 6 erk? (gua senyum sinis) ..wahai langit.. dengar pesanku ini. IF HARD IS NOT GOOD ENOUGH, TRY HARDER LAH... tengok 2, siap update blog lagi. kemain ko eyh langit. 


ape salahnya aku update blog sekali sekala. kawan2ku bintang, bulan, MATAHARI sume sdg update blog masing2..aku pon mahu juge..kau cakap senang lah manusia. try hard konon.. kau ape tahu!! (tibe2 guruh berdentum.. langit sedang marah mungkin. lalu disuruhnya sang guruh menengking gua)


sabar langit.. sabar..kau akan temukan satu pelangi yang indah suatu hari nanti..langit, kehidupan perlukan perubahan. kau perlu berubah sang langit.. It is not easy, but it can be done kan?


.............


air mata yang ditahan sang langit akhirnya tumpah ke bumi..langit menangis tanpa henti. habis basah baju di ampaian gua.

Tuesday, February 15, 2011

diari seorang ibu kepada anak

1 januari 2009- hari ini, mama jumpe papa Ana. untuk yang pertama kalinya mama rase perasaan ini. perasaan yang cukup indah, iya, cinte..mama tidak mampu menolak perasaan yang hadir dalam jiwa mama.  Ana tahu, papa ana itu, baik orang nya, mudah bertolak ansur dan tutur katanya lembut sekali ana..


14 februari 2009- cukup sebulan mama mengenali papa ana, mama mula hanyut dalam lautan cinta yang mama cipta sendiri. Mama mule lupe tuhan. Halal dan haram menjadi samar,semuanya kerana nafsu.. pada tarikh keramat ini, mama serahkan diri mama pada papa ana..hadiah mama kepada papa ana sempena VALENTINE DAY..mama tewas dengan perasaan mama sendiri... mama sedar, ketika itu mama belum mempunyai ikatan yang sah. tapi apa ada pada ikatan, bila nafsu menguasai diri.


4 jun 2009- Hari berganti hari. mama semakin resah. perut mama semakin memboyot. tanda ana sudah semakin cukup sifat. mama betul2 buntu. mama hilang penggantungan. mahu cerita sama atuk dan nenek ana, pasti mereka tidak dapat terima. papa yang dulunya bertutur kata lembut sudah mula menunjukkan belangnya. papa bilang sama mama, suruh gugurkan ana. tapi papa dan mama tidak punya wang untuk gugurkan ana..


8 september 2009- ana dilahirkan ke dunia. ikut perkiraan, ana dilahirkan pada november. tapi ana lahir awal dari yang dijangka. mungkin ana tidak sabar melihat dunia..papa sama mama jadi makin berkecamuk..kami tinggalkan ana dihadapan masjid beserta satu nota. bukan mama tak sayang ana, tapi kalau ana dengan mama, apa kata atuk nenek. apa kata masyarakat sekeliling. moga ada insan yang lebih baik dari mama pungut ana depan masjid.. maafkan mama ana


9 september 2009- mama selak surat khabar. berita di hadapan muka,"seorang bayi digigit semut dijumpai di masjid". masjid di mana mama buang ana. mama pasti, itu ana, maafkan mama sayang.. mama tak sengaja. mama tiada pilihan lain.mama fikir ada orang pungut ana..sekali lagi, maafkan mama ana


30 januari 2011- mama duduk di anjung rumah nenek. ade due orang budak sedang bermain-main. kalau ana masih hidup, ana mesti seusia mereka. maafkan mama ana.


cerita ini hanyalah rekaan penulis semata-mata. jika ade tersama dengan kisah silam pembaca, penulis memohon maaf.. 

Friday, February 11, 2011

kecantikan yang paling saya inginkan adalah kecantikan dari dalam

Cantik, sebuah kata yang sangat indah bagi kaum  hawa. Siapa pun akan tersipu-sipu malu bila disebut dirinya cantik.. ye dak?(baek angguk) Demi sebuah kata cantik, mereka sanggup membayar berapapun harga yang diminta. Jamu, sabun lintah, bedak sejuk berbau busuk, rawatan bahkan pembedahan yang berisiko tinggi pun mereka sanggup lakukan hanya kerana  satu misi, MENJADI WANITA TERCANTIK ALAF INI.

Di sini, penulis ingin berkongsi beberapa tips  kepada pembaca untuk menghilangkan jerawat. tidak perlu mengisi borang pendaftaran, tak perlu taip ON RINDU atau ON JERAWAT. hanya baca tips2 di bawah sahaja. berikut adalah tips2 nya, lagi mustajab dari pati halia memang mustajab.


1. makan makanan berminyak. kalau boleh minum minyak masak dua botol sehari untuk kesan yang lebih mustajab.

2. kena selalu picit jerawat. gunakan tukul besi, sudu garfu atau penunu bunsen untuk memicit jerawat..

3. basuh muke seminggu sekali. gunakan klorox untuk mendapatkan wajah yang putih. untuk mendapatkan kulit yang lembut, gebu dan bergetah pule, gunakan softlan.


4. pakai produk Dr. Rozmey. Bukan pada muke, tapi pade kucing atau binatang perliharaan.


5. jangan amalkan tidur yang cukup dan teratur. sebaik-baiknya, tidur pukul 4 pagi dan bangun semula pada jam 5 pagi. ape gune tidur banyak2, rugi mase jerk

6. pakai bedak sejuk sewaktu pergi ke kelas..


7. selepas membasuh muke, lapkan dengan kain pengelap kaki atau gune mop lantai.

8. add fesbuk aten natra. solusi pada masalah jerawat


baiklah, sampai di sini sahaja.. 7 tips saje untuk hari ini.. yg laen, cari sendiri. cakap budak degree, tak kan sume bende nak kene suap kot? keh3


akhir kata, Jerawat...saiznya kecil dan hanya mungkin mengisi satu sudut wajah yang tak sampai 20 peratus pun daripada sudut wajah, tetapi ia cukup meresahkan suatu jasad. ko tak de jerawat ape tahu?hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...